Powered By Blogger

Selasa, 25 Mac 2014

Hati INI mILIK dIA



Assalamualaikum.......

Lama tak menaip..  Cinta , semua orang memiliki cinta tetapi tidak harus nya cinta itu dimiliki jika bukan kepunyaan kita.. itu lah yang di alami oleh aku sekarang.. Hati ini hanya milik si dia, dia yang pernah muncul dan mengubah cara hidupku.. daripada seorang gadis yabg nakal menjadi gadis yang sopan dan tahu malu...

Seorang lelaki yang berani untuk memetik bunga di taman ini... Lelaki yang penyabar dan tidak pernah berputus asa untuk mengubah diri ini....



Lelaki yang pernah berjanji untuk menjadikan ku sebagai ratu di dalam hidupnya.. Namun apakan daya .. Jodoh Adalah Rahsia Allah S.W.T, dia pergi meninggalkan ku tanpa sebarang berita, tanpa persediaanku.. aku sangat derita dan kecewa kerana aku telah menutupkan pintu hatiku ini untuk semua lelaki dan aku tidak mampu memberikan kunci hatiku untuk lelaki lain.. Aku teramat menyayanginya.. dia adalah semnagat aku.. Meskipun berjuta lelaki muncul didalam hidupku aku tetap inginkan dirinya.. Lelaki yang sering mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di telingaku.. lelaki yang mengingatkanku tentang akhirat dan tidak membenarkanku leka dengan duniawi...

Baginya, kebahagiaan nya ialah senyum orang yang dia sayangi, iaitu keluarganya dan aku.. Terutaman Ibunya, wanita yang sangat penyayang dan tabah.. katanya, dia sanggup lakukan apa sahaja selagi tidak melanggar hukum syarak... 



Aku pernah bertanya kepadanya kenapa dia sangat mempercayaiku, sedangkan kami sangat jauh.. jarak yang sangat jauh.. katanya :


Kadangkala aku menangis apabila apa yang ku miliki hilang.. Dia menjadi peneman kepada diriku.. dia mendengar tangisan ku tanpa mengeluh.. dia sanggup menunggu sehingga tangisan ku berhenti.. dia adalah segala dalam hidupku..


Namun apakan daya Allah lebih menyayanginya, dia pergi tanpa memberi berita padaku. Dia pergi dengan mudah sekali.. Dengan hati yang terluka dan berat aku meredai pemergian nya.. meskipun hati dan diri ini belum bersedia.. Yang pasti didalam hati ini hanya ada segaris nama .. iaitu si dia.. nama itu tak akan pernah terpadam .. nama itu hanya terpadam jika hati kecil ini sudi menerima tiga kata ;;

AKU TERIMA NIKAHNYA.... namun,,, adakah aku sedia untuk meninggalkan nama itu.. aku tidak mampu memberi peluang kepada diri ini untuk mana - mana lelaki kerana aku amat menyayanginya.....

DaLaM hAtI iNi HaNyA aDa DiA...........................




Al-Fatihah.. semoga engkau tenang di sana sayangku..
TAK AKAN PERNAH HABIS AIR MATA JIKA KU INGAT TENTANG DIRIMU...
semoga Allah memudahkan perjalanan mu di sana...

Sabtu, 28 Disember 2013

Kehidupan

Assalamualaikum....


Perjalanan hidup bakal bermula,mampukah aku hadapi ini semua. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa aku resah untuk menepuh ujian yang seterusnya. Aku takut, takut jatuh dan aku tak mampu bangun kembali. Ya Allah kuatkan hati hambamu ini, kerana aku yakin perjalanan aku masih terlalu jauh dan perjalanan aku yang tidak pasti penghujungnya bahagia atau derita. Yang aku tahu sekarang jika aku yakin dengan diri aku, maka aku pasti mampu menghadapi semua ini. Ya Allah... kuatkan hati hambamu ini...



Tiap - tiap kali aku bersujud kepada Dia, aku sentiasa berharap agar Dia tidak memalingkan hatiku ini daripada jalan-Nya, dan aku juga berharap aku mampu teguhkan iman ini.. pinjamkan aku sedikit kekuatan dan aku yakin bahawa Dia tidak akan uji aku jika aku tidak mampu hadapi semua dugaan ini....


Pada masa dahulu, perkara yang paling aku takuti dalam hidup ini adalah kesepian dan kesunyian.. Hidup aku akan sunyi dan sepi apabila aku kehilangan orang yang telah memberi kegembiraan kepada kuku... Aku pernah alami itu semua, kadang aku terasa aku tidak berguna untuk teruskan hidupku ini... Kerana aku merasakan ujian ini amat berat buatku....


Setelah itu, perkara itu berulang kembali dalam hidupku.. sangat perit dan sakit.. Aku pernah pertanya kepada diriku, "mengapa aku perlu diuju seperti ini? Apa dosa aku, aku hanya ingin tersenyum seperti orang lain. Tak lebih, inginkan kebahagian.."-aku sangat derita dan kecewa sewaktu.. 


Terlalu banyak ujian yang perlu aku hadapi seorang diri. Dan sampailah suatu hari, Allah itu Maha Penyayang, DIa memberikan ku petunjuk-Nya.. dan aku yakin bahawa apa yang berlaku dan yang telah terjadi padaku pasti ada hikmah. Aku hanya mampu berserah kepada DIa yang Maha Kuasa.. aku yakin dan pasti ada sebab kenapa ini terjadi dan aku tidak berhak untuk mempersoalkan semua ini...


oleh itu, jika kita diuji , jangan lah kita mengeluh atau mempersoalkan ujian itu.. Sesungguhnya Allah itu tahu apa yang terbiak untuk hambanya dan Dia Maha Adil ..
Assalamualaikum..

Isnin, 23 Disember 2013

Persahabatan

assalamualaikum...


Apa maksud sahabat? Anda rasa...

Pada pendapat saya, sahabat bermaksud orang yang sentiasa disamping kita sewaktu senang dan susah. Manusia yang sentiasa menyokong kita, dan memberi teguran jika kita salah dan membantu kita jikan kita susah.



" Sahabat sejati tidak akan pernah berubah hati "

Benar kata - kata itu, biar pun musin sentiasa berubah, tetapi seorang sahabat sejati tak akan pernah berubah, dan tak akan pernah sesekali membiarkan kita bersendirian...

Sahabat sejati tidak akan mengizinkan sahabatnya melakukan kemungkaran, oleh itu sebagai remaja  muslim yang sejati kita harus lah bijak dalam hubungan persahabatan, kita berhak untuk berkawan dengan semua hamba Allah selagi kita mempu menjaga iman kita. Sebagai sahabat yang baik, kita perlulah membawa sahabat kita yang hayut di alam remaja untuk kembali mengingati Allah. 


Oleh itu saya harap kalian semua mampu untuk menjaga persahabatan kalian dan jangan sesekali mencuba untuk mengkianati sahabat anda kerana,sahabat sukar untuk di cari...





Kesimpulannya, Jika sahabat anda pernah menyakiti anda atau membuat anda terasa lebih baik berterus terang kerana itu lebih baik daripada memasam kan muka tanpa bertegur sapa.... Akhir kata, hargai lah persahabatan anda dan jadilah seperti Saidina Abu Bakar yang sangat setia dan percayakan sahabatnya, Baginda Nabi Muhammad S.A.W..

moga kita perjumpa lagi, assalamualaikum dan salam sayang daripada saya.. semoga Allah sentiasa melindungi anda. 
Amin Ya Allah



            



Ahad, 22 Disember 2013

Perjuangan Bermula

Assalamualaikum ..

Hari ini adalah hari pertama aku menaip didalam blog ini. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi cerita, pendapat dan pandangan tentang diri aku dan remaja zaman sekarang. Aku harap ada yang membaca.


Siapa aku tak penting. Yang penting aku adalah hamba Allah Yang Pernah lalai dengan keindahan dunia akhir zaman ini. Aku juga manusia yang pernah melakukan kesilapan seperti kalian. Manusia yang tidak pernah lepas daripada diuji dengan ujian kadang kala aku tidak yakin bahawa aku mampu berdepan dengan semua ini. Tapi Dia Maha Pengetahui, Dia memberiku hidayah dan petunjuk untuk aku bangkit dan memberi aku kesabaran untuk terus berjuang demi agamaku.


Aku diuji dengan pelbagai ujian, kehilangan orang yang aku sayang, lalai dengan cinta remaja, melawan kata - kata orang tuaku, memberontak sewaktu mencapai usia remaja dan sebagainya. Namun, itu semua adalah ujian dan memberi aku mengalaman untuk menjadi dewasa. Seperti kata - kata ini :

PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA

Tapi itu semua ujian, ujian yang datang tanpa kita pinta, ujian yang datang untuk menyedarkan kita tentang Kekuasaan-Nya..
 Oleh itu aku berharap agar kalian semua janganlah sesekali mengeluh atau mempersoalkan apa yang anda sedang hadapi. Ingat lah dunia realiti tidak seindah mimpi.

salam sayang daripada saya, Assalamualaikum sahabat..